subject

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja di negara ini masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial sedangkan mereka merupakan tunjang utama dalam merencanakan pembangunan negara. Oleh sebab itu, golongan remaja perlu sedar dan memainkan peranan yang sewajarnya.

Satu daripada peranan yang signifikan ialah remaja perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik kerana kecemerlangan akademik merupakan elemen yang maslahat untuk melahirkan pemimpin negara yang berkualiti. Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika generasi muda tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental yang seimbang. Oleh sebab itu, generasi muda yang ingin membangunkan negara perlu memiliki personaliti yang luhur melalui suntikan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Seperkara lagi, remaja perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang. Hal ini demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani, kreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Sikap keterbukaan juga perlu wujud dalam diri remaja kerana apabila remaja bersikap terbuka, mereka tentunya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Bahkan, golongan remaja perlu memastikan perpaduan kaum terus diperkukuh dalam usaha memastikan negara terus membangun tanpa adanya perpecahan kaum.

Secara tuntasnya, remaja dan belia negara mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjanakan pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.​

ansver
Answers: 1

Another question on World Languages

question
World Languages, 25.06.2019 02:20
Im home schooled why does my mom make me do such hard work dx
Answers: 2
question
World Languages, 26.06.2019 16:00
Cosa voldere scoraggioamento in inglese
Answers: 2
question
World Languages, 27.06.2019 05:00
What does it mean when you say i love you
Answers: 2
question
World Languages, 27.06.2019 18:30
Why do the wolves regret their decision to side with share khan in the jungle book
Answers: 1
You know the right answer?
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangny...
Questions
Questions on the website: 13722361